~Beauty with Brain~

PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI, TG.MALIM, MUALIM, TMN BERNAM BARU, KETOYONG, PROTON CITY, BEHRANG, BANDAR TENGGARA, KULAI, SG. SAYONG, PENGGELI, KLUANG, KOTA TINGGI

Whatsap/Call/SMS 019-792 9490

JOM! FOLLOW ATEN

Sunday, August 16, 2015

Uric Acid Punca Gout! : Alfalfa Shaklee Bantu Kawal Uric Acid

Uric Acid Punca Gout! : Alfalfa Shaklee Bantu Kawal Uric Acid


Bismillah...

Disebabkan *aten* banyak makan seafood sepanjang 4 hari bengkel pembangunan instrumen di Dorani Bayu Resort, D'Muara Marine Park Sg. Hj. Dorani, jadinya *aten* nak share serba sedikit berkenaan Uric Acid yang boleh membawa kepada gout.

Apa kaitan seafood dengan Uric Acid dan Gout?
Okay, untuk orang yang disahkan tinggi uric acid sangat-sangat tidak disarankan untuk mengambil seafood dengan kuantiti yang banyak kertana ianya akan meningkatkan lagi kandungan uric acid dalam tubuh. *aten* tak pernah disahkan tinggi uric acid tapi adik *aten* si Kak B tu pernah disahkan tinggi uric acid masa umur 18 tahun sebelum sambung belajar. Uric acid ni bukan tinggi dalam kalangan orang tua je, remaja pun kena berjaga-jaga tau. Abang *aten* yang umur 30 tu pun dah disahkan uric acid. *aten* terus bagi Alfalfa pada abang.

Pernah dengar penyakit Gout?
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan orang dewasa penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja. 


Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risikosakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.

Serangan gout agak berpanjangan.  Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu. Pak cik *aten* yang menghidap gout pernah diserang gout sampai berhari-hari susah nak pijik lantai simen sebab sangat sakit.

Apakah punca gout?
1. Cara pemakanan – mereka yang banyak minum minuman manis, daging merah dan makanan laut. Begitu juga mereka yang banyak makan kekacang
2. Genetik – Gangguan genetik yang menyebabkan lebihan asid urik dalam badan dan kesukaran membuang asid urik. Mereka yang mengalami gout kemungkinan mempunyai anak yang mempunyai masalah gout juga.
3. Masalah kesihatan – Gout kerap berlaku dalam kombinasi dengan masalah perubatan lain. Antaranya sindrom metabolik, gabungan obesiti abdomen, tekanan darah tinggi, rintangan insulin dan tahap lipid yang tidak normal
4. Ubat-ubatan – pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan seperti aspirin, nicotinic asid, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout

Alfalfa dan Gout
Alfalfa dikatakan mengandungi tahap purines yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan. 
Alfalfa berfungsi dengan membantu untuk meneutralkan dan mengurangkan tinggi paras asid urik dalam darah anda, ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. Jadi ia adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melegakan gout. 

Shaklee Alfalfa Complex

pengedar shaklee upsi, shaklee tg.malim, shaklee tanjung malim, shaklee bandar tenggara
Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

Sumber semulajadi alfalfa.


Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.


PERHATIAN : Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) dan talesemia perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Ibu hamil juga tidak digalakkan ambil produk ini.

************************************
MAHU CUBA AMALKAN SHAKLEE MACAM SAYA? JANGAN TAKUT DAN RAGU,
HUBUNGI SAYA :
Fatin Zainuddin
019-792 9490


************************************

HANYA pelanggan http://fatinzainuddinsihat.blogspot.com/ yang akan diberikan 

HAK EKSKLUSIF untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin Shaklee dan saranan berkaitan penyakit. 

************************************

**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

No comments:

Post a Comment