~Beauty with Brain~

PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI, TG.MALIM, MUALIM, TMN BERNAM BARU, KETOYONG, PROTON CITY, BEHRANG, BANDAR TENGGARA, KULAI, SG. SAYONG, PENGGELI, KLUANG, KOTA TINGGI

Whatsap/Call/SMS 019-792 9490

JOM! FOLLOW ATEN

Sunday, July 19, 2015

Selamat Hari Raya 2015 : Inovasi sampul duit raya

Selamat Hari Raya 2015!!

 Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
 Tahun ini Allah masih beri kesempatan kepada *aten* untuk meraikan hari raya 
 di samping keluarga tercinta.

 Raya pertama kami di Bandar Tenggara. Juadah kami ialah
  •  ketupat pulut feveret KakB
  •  Nasi himpit
  •  Rendang nogori resipi arwah nenek
  •  Ayam masak merah legend Mak Gee
  •  Udang sambal feberet adik
  •  Kuah lodeh feveret *aten*
 Raya kedua kami di Bandar Tenggara juga. Juadah sudah bertukar
  •  nasi jagung
  •  Kambing briani by Abah Din
 
 Tahun ini merupakan tahun kedua *aten* bagi duit raya. Tahun lepas hasil drp gaji kerja sebagai pensyarah di kolej swasta. Tahun ni alhamduillah hasil daripada bisness Shaklee sebahagiannya.
 
 Tapi tahun ni *aten* buat inovasi sampul raya sikit. He he he he. Tengok pic bawah ni.
 
 

Sesiapa yang nak, boeh lah datang beraya rumah. Jangan segan silu taw.



































Friday, July 10, 2015

Kedudukan Jerawat dan Punca

Stressnyaaaa Jerawat!

*aten* ni seorang yang sangat sinonim dengan jerawat. Seawal darjah 6 dah mula ada jerawat. ohmannnnnn!

Allah je lah tahu feelingnya bila di usia remaja kengkawan lain muka licin lincau, kita ni dok berjerawat sakan. Sehingga sekarang, *aten* sentiasa berusaha dan terus berusaha merawat masalah jerawat ni dari luar dan dalam.

Mak dan abah memang sangat concern dengan masalah jerawat *aten*. Sampaikan mak bawa *aten* pergi facial beribu riban dekat salun area Bandar Baru Uda, JB. Tak cukup dengan itu, abah pula bawa *aten* ke Klinik Pakar Kulit Dr. Pishu di Kluang, Johor.

Sekarang *aten* masih lagi dalam proses untuk dapat kulit yg diidamkan bak Che Ta (ehhh...tapi ada kawan cakap, Che Ta tu mekap je lebih..hihihihi...tak kisah laa yg penting Che Ta shantekkkkk). Alhamdulillah sejak diperkenalkan dengan Shaklee, jerawat semakin reda tetapi dek kerana kerakusan nak cepat cantik, *aten* pergi pakai produk tak ikut deskripsi yang sepatutnya. Maka, jerawat telah menyerang kembali. Tapi *aten* akan sentiasa optimis untuk usaha walau apa jua cara sekalipun. Allah kan suka hambaNya yang berusaha. Kacing! Kacing! Kacing! hehehehe..


Jom! kita tengok Punca Jerawat berdasarkan Kedudukannya di Tubuh

Perasan tak TIBA-TIBA 1 Jerawat muncul di badan? Tiba-tiba ada dekat 



pipi
dahi
dagu
 belakang badan 
hidung 




HATI-HATI kerana ada sebab dan PUNCA ia terjadi


6 Tempat Kedudukan Jerawat dan punca :



1) DAHI~ Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda danbadan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran.
 Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup danminum air banyak.
Saranan Produk Shaklee : ESP, Vitamin B-Complex, GLA




2) HIDUNG ~ Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.
Saranan Produk Shaklee : ESP, Vitamin B-Complex, GLA, Herb-lax, Alfalfa


3) DAGU~ Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah. Jerawat di dagu juga dikaitkan dengan toksin tinggi dalam badan. 
Saranan Produk Shaklee : ESP, Vitamin B-Complex, GLA, Ostematrix, Herb-lax, Alfalfa, Garlic


4) PIPI KIRI~ Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Saranan Produk Shaklee : ESP, DTX Complex, Vitamin C




5) PIPI KANAN~ Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
Saranan Produk Shaklee : ESP, Vitamin C, Vitamin B-Complex


6) PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)~ 
 Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Saranan Produk Shaklee : ESP, GLA, Herb-lax, Alfalfa, Ostematrix




Ini kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku, untuk lebih kepastian silalah jumpa doctor yang lebih pakar, makan makanan yang sihat, ambil makan tambahan (supplement) dan amalkan minum air 2-3L sehari. Dinasihatkan juga elak makanan yang berminyak atau berhormon seperti ayam

************************************
MAHU CUBA AMALKAN SHAKLEE MACAM SAYA? JANGAN TAKUT DAN RAGU,
HUBUNGI SAYA :

FatinZainuddin
019-792 9490 


************************************

HANYA pelanggan http://fatinzainuddinsihat.blogspot.com/ yang akan diberikan 
HAK EKSKLUSIF untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin Shaklee dan saranan berkaitan penyakit. 

************************************


**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

Thursday, July 09, 2015

SERONOKNYA!! DAFTAR AHLI DAN DAPAT FREE 1 BOTOL VITA-LEA IRON FORMULA YANG BERNILAI RM94!

Free Vita-lea untuk ahli baru Shaklee????
BETUL KE NI???

Ramai yang tanya *aten*, Kalau join ahli shaklee dapat apa?
Ada dapat free apa2 vitamin ke?
Kalau dulu..jawapan *aten* dapat beg ja (Shaklee Oppurtunity Kit) yang di dalam nya berisi Product Guide, Pricelist, Handbook, Buku Resit.

Tapi mulai bulan MEI 2015, YES!Siapa aftar ahli shaklee..akan dapat FREE VITA-LEA IRON FORMULA! 

YES! PERCUMA! FOC!

PERCUMA 120 biji VITA-LEA TAU!!

Untong tak untong??

Sebotol RM94 ye vita-lea ni..shaklee nak bagi FREE ja!

Kenapa tiba-tiba Shaklee nak bagi FREE pulak ye?Haaa sebab...Tahun 2015 ni, cukup 100 tahun ulang tahun Dr Forrest C.Shaklee mencipta "Vitalized-mineral" . 
Sejarah dunia supplement, perkataan VITAMIN adalah terhasil daripada perkataan "Vitalized-mineral" tersebut. 


Dulu, Vitalized-mineral ni dalam bentuk cecair,tapi kini telah dijadikan tablet dan dinamakan sebagai 'VITA-LEA'. Vita-lea teramat cepat mudah larut. Jika direndam dalam gelas, anda boleh lihat tablet tu terhurai kurang dari 5 minit. Jadi, jangan risau la kidney penat ke, supplement tak serap dek badan dan sebagainya. 

Ada 28 jenis VITAMIN dalamnya, sesuai semua golongan umur sebagai multivitamin asas dan WAJIB diamalkan. Penat, letih lesu, ibu hamil, warga emas bagus amalkan..


Kalau nak FREE sebotol vitalea ni, mudah sahaja!

Cara-caranya:

1.Daftar keahlian Shaklee bernilai RM68.90 (bayaran keahlian hanya SEKALI SEUMUR HIDUP)

2.Beli sekurang kurangnya satu produk Shaklee serendah RM23.32

Tu je! mudah kan??
Promosi Free Vitalea untuk setiap keahlian baru ni berlangsung dari MAY - OKTOBER 2015 tau!

Jangan tunggu lama-lama, habis promosi takde lagi Vita-Lea FREE taw! 

************************************
MAHU CUBA AMALKAN SHAKLEE MACAM SAYA? JANGAN TAKUT DAN RAGU,
HUBUNGI SAYA :

FatinZainuddin
019-792 9490 


************************************

HANYA pelanggan http://fatinzainuddinsihat.blogspot.com/ yang akan diberikan 
HAK EKSKLUSIF untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin Shaklee dan saranan berkaitan penyakit. 

************************************
**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

NAK TAHU SIAPA SINGGAH BLOG ANDA TAK?

NAK TAHU SIAPA SINGGAH BLOG ANDA TAK?

Harini *aten* dah mula ber-blogwalking. Tak reti tapi cuba je lah mulakan. Tak mula, tak tahu kan? Dah lama sangat derhaka dengan para upline Shaklee ni...hahahhaha!! Upline suruh buat blog, kita punya lah liat.

TANDA HALAL SHAKLEE DIRAGUI ?

TANDA HALAL SHAKLEE DIRAGUI ?

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara segar 22 Ramadhan ini. Kesegaran hari ini *aten* zahirkan dengan up status berkenaan Shaklee dan duduk di Perpustakaan Tunku Bainun UPSI ni untuk siapkan tesis yang ku sayangi.

Ding! Tiba-tiba notification FB naik 

"XXXXXX commented on your photo in xxxxxx xxxxxxx My Home"


ohhhhhh...Puan ni meragui logo halal pada gambar produk yang *aten* up pagi tadi. 

Dulu-dulu sebelum Allah pinjamkan sedikit pengetahuan tentang logo halal ni. *aten* pun ragu-ragu dengan semua logo yg lain daripada logo JAKIM keluarkan. Lepas dapat penerangan daripada abah tercinta pasal badan yang diiktiraf JAKIM, barulah *aten* faham. 

Masa mula-mula *aten* join Shaklee, isu halal ni panas sangat dikupas. Lepas tu, isu Roger Barneet funding satu foundation pula. Tapi *aten* yakin, mustahil bagi sesebuah company yg esklusif, establish dah berpuluh tahun di Malaysia masih belum dapat status halal sedangkan penggunanya dah beribu-ribu orang. Memanglah dunia zaman sekarang ni semua nak menjatuhkan Islam je tapi sebelum buat apa-apa kenyataan kenalah disokong dengan research atau bacaan serba sedikit. 

*aten* pun orang Islam, dan sebagai pengguna *aten* sendiri pun semestinya mencari produk yang halal jika *aten* nak amal. Inikan pula nak jual kepada orang lain. Mencari yang halal itukan fardhu. Fardhu taw bukan sunat.

Kita kembali kepada isu Puan yang ragui logo halal kat atas ni, maka *aten* pun google lah website JAKIM badan yang diiktiraf oleh JAKIM. *aten* jumpa dokumen berbentuk PDF yang JAKIM share di website :





Rujuk gambar atas ni, cuba cari mana satu logo halal untuk Shaklee? Memang terang dan jelas lah lain dari logo JAKIM kan? sebab bukan JAKIM yang keluarkan TETAPI JAKIM iktiraf logo tersebut untuk digunakan di Malaysia.

Di bawah ni *aten* share gambar sijil halal Shaklee untuk tahun 2015.


Haaa, dah terang lagi bersuluh Shaklee pun ada perbaharui sijil halalnya untuk tahun 2015. Harapan *aten* supaya semua pengguna lama atau baru janganlah risau dan ragu-ragu dengan mana-mana produk Shaklee lagi. Kalau ragu-ragu boleh jatuh syubhah dan haram taw. 

************************************
MAHU CUBA AMALKAN SHAKLEE MACAM SAYA? JANGAN TAKUT DAN RAGU,
HUBUNGI SAYA :

FatinZainuddin
019-792 9490 


************************************

HANYA pelanggan http://fatinzainuddinsihat.blogspot.com/ yang akan diberikan 
HAK EKSKLUSIF untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin Shaklee dan saranan berkaitan penyakit. 

************************************
**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


Wednesday, July 08, 2015

KENCING MANIS BOLEH MENYEBABKAN BUTA?

KENCING MANIS BOLEH MENYEBABKAN BUTA?

Harini *aten* terpanggil nak share tentang Retinopathy atau Retinopati yang disebabkan oleh kencing manis. Seorang kawan abah *aten* menghidap sakit ini dan telah hilang penglihatan untuk selamanya. Jom kita tambah ilmu tentang apa itu Diabetis Retinopati.

Diabetes adalah kondisi dimana tubuh tidak menghasilkan cukup insulin untuk ubah gula menjadi tenaga, menyebabkan penompokan gula dalam darah. Ini mengakibatkan sejumlah masalah, termasuk Diabetes Retinopati – yang merupakan salah satu penyebab utama kebutaan pada orang dewasa di Malaysia.


Apa itu Diabetes Retinopati?

Diabetes Retinopati adalah gangguan pembuluh darah di retina pada pesakit yang mengidap diabetes mellitus. Ini merupakan penyebab utama kebutaan baru pada orang dewasa bekerja di negara-negara berkembang, termasuk Malaysia. 

  
DiabetiesRetinopati

Apa penyebab Diabetes Retinopati?


Diabetes Retinopati pertama kelihatan setelah berkembang secara perlahan-lahan selama beberapa tahun sebagai Retinopati Background, yang merupakan tahap awal diabetic retinopati. Pada tahap awal ini, bintik darah kecil atau kumpulan lemak tampak pada retina.

Retinopati proliferatif berkembang dari retinopati background dan merupakan penyebab dari sebagian besar kebutaan pada pesakit kencing manis. Pada kondisi ini, pembuluh darah baru tumbuh pada permukaan retina dan saraf optik. Pembuluh darah baru ini cenderung untuk pecah dan darah mengalir ke dalam rongga mata. Luka pada jaringan pembuluh darah yang pecah dapat juga berkontraksi dan menarik retina, menyebabkan terlepasnya retina dan kebutaan. Pada beberapa kasus, pembuluh darah baru dapat juga tumbuh pada iris mata dan menyebabkan terbentuknyaglaukoma, yang juga mengakibatkan kebutaan.

Bagaimana saya tahu jika saya mengalami Diabetes Retinopati?

Penglihatan anda mungkin memburam secara bertahap yang sering kali tidak disadari. Pada beberapa pasien, kebocoran pembuluh darah mengalir ke dalam makula mata, yaitu bagian retina yang bertanggung jawab untuk penglihatan sentral (pusat), menyebabkan hilangnya penglihatan. Dokter mata anda mungkin menyarankan prosedur pemeriksaan angiografi flouresein fundus (FFA) untuk membantu deteksi dini efek diabetic retinopati.

Pada retinopati proliferatif, anda mungkin mengalami penglihatan berkabut atau kebutaan ketika perdarahan terjadi. Walaupun anda mungkin tidak merasa nyeri sama sekali, bentuk diabetic retinopati parah ini membutuhkan perhatian medis secepatnya.  

Apa yang membuat saya beresiko Diabetes Retinopati?

Resiko diabetes retinopati meningkat seiring lamanya penyakit diabetes anda. Sekitar 60% pasien dengan diabetes selama 15 tahun atau lebih mengalami kerusakan pembuluh darah pada mata mereka. Beberapa pasien ini memiliki resiko mengalami kebutaan.  

Apa yang dapat saya lakukan untuk mencegah Diabetes Retinopati?

Jika anda diabetik, anda sebaiknya mengontrol kadar gula darah dan tekanan darah untuk mengurangi resiko diabetes retinopati. Sayangnya, meskipun kadar gula darah terkontrol dengan baik, resiko diabetes retinopati tidak sepenuhnya hilang.

Apa saja jenis pengobatan yang tersedia untuk Diabetes Retinopati?

Pengobatan laser digunakan untuk menutup atau mengangkat kebocoran pembuluh darah yang tidak normal. Pancaran kecil energi laser dapat menutup kebocoran pembuluh darah dan membentuk luka kecil di dalam mata. Luka ini mengurangi pertumbuhan pembuluh darah baru dan menyebabkan pembuluh darah muda yang ada mengkerut dan menutup. Pengobatan laser biasanya sebagai rawat jalan. Pengobatan ini tidak membutuhkan persiapan khusus atau rawat inap.

Namun, pengobatan laser tidak dapat digunakan pada setiap pasien. Prosedur yang disebut vitrektomi, bersamaan dengan prosedur operasi lainnya dibutuhkan untuk kasus-kasus kompleks dimana terjadi pendarahan vitreous ke dalam mata dan pembentukan jaringan luka. Deteksi dini melalui pemeriksaan mata dan perawatan yang sesuai adalah kunci kesuksesan pengobatan.


abah *aten* pun pesakit kencing manis dan pada akhir tahun 2013, *aten* belanja abah sebotol vivix untuk tengok kesan pada abah (abah start minum tahun 2014 T.T). Alhamdulillah! even abah selalu skip... (biasalah tu...hihihi) tahun ni lepas buat checkup mata, abah call *aten* cerita pasal Doctor tu puji mata abah ada improvement. ehem3.. bawah ni *aten* share testimoni sebenar daripada abah kesayangan *aten* sendiri .......

# credit info : http://www.snec.com.sg/about/international/menuutama/kondisimataandperawatan/common-problems/Pages/Diabetic-Retinopathy.aspx

************************************
MAHU CUBA AMALKAN SHAKLEE MACAM SAYA? JANGAN TAKUT DAN RAGU,
HUBUNGI SAYA :

FatinZainuddin
019-792 9490 


************************************

HANYA pelanggan http://fatinzainuddinsihat.blogspot.com/ yang akan diberikan 
HAK EKSKLUSIF untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin Shaklee dan saranan berkaitan penyakit. 

************************************
**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

Tuesday, July 07, 2015

LEADERSHIP WORKSHOP MASTER NORITA : BUKA MINDA ANJURKAN HEALTH CHECKUP DI TANJUNG MALIM

YES! Bismillah...

Setelah 7 bulan *aten* koma dari penulisan blog. Akhirnya hari ini diberikan taufik oleh Allah untuk menulis semula. fiewww~

Ahad (5 Julai 2015) lepas, *aten* telah menghadiri Bengkel Kepimpinan (mcm bengkel pengawas sekolah plak bunyinya. kih3) yang dianjurkan oleh pasangan suami isteri Shaklee yang menjadi idola *aten* iaitu Master Norita Idris dan Master Naquib yang berpengkalan di Miri.

Ikutkan salasilah family Shaklee  kami, *aten* ni keturunan kelima Master Norita.

Master Norita
|
Master Jannatul
|
Sr. Coordi Erna Nordiana
|
Sr. Sup Noor Malawani
|
Sup Adrina
|
*Aten*

Berbalik kepada Leadership Workshop tu, MasyaAllah ramai sgt yg join bengkel tu. Banyak sgt ilmu kepimpinan dan ilmu produk *aten* peroleh masa tu. Untuk pengetahuan, ini kali ke-3 aten bertemu 4 mata dgn KakN pada tahun ini. Semua kelas KakN organize tahun ni,  alhamdulillah *aten* tidak pernah skip lagi. Dan setiap kelas beliau ada je oleh2 yang *aten* peroleh dan masterpiece yg *aten* hasilkan.

15 Februari : Bengkel Back to Basic di Shaklee HQ, Pinnacle
Kali pertama bertemu dengan Kak N, dapat oleh2 pashmina color merah. heee~
Bengkel Back to Basic itu membuka minda *aten* untuk anjurkan BOM di UPSI. Maka, Masterpiece *aten* adalah anjurkan BOM yang julung kali diadakan di UPSI pada 18 April 2015 yang dihadiri oleh 126 orang pelajar dan orang luar.

24 May : Wellness Fair di Sri Petaling
Ini merupakan Wellness Fair yang pertama *aten* hadiri dengan bawa sorang anak dan sorang cucu Shaklee. Alhamdulillah kami masing-masing bawa oleh2 dan hadiah vitamins seperti DTX, Vitamin E, AJHT dan Vitalea. Tambahan bagi Che su, beliau telah memenangi cabutan bertuah sebuah kipas meja!! seronoknyaaaa~

5 Julai : Leadership Workshop di ioi Palm Garden Putrajaya
Daripada bengkel yang terbaru *aten* hadiri ni, selagi lagi minda *aten* terbuka untuk anjurkan sesuatu. Jeng Jeng Jeng. 

APA TU??

Haaaa....! Kali ni Kak N dah berjaya pula buka minda *aten* untuk anjurkan Health Checkup di sekitar Tanjung Malim.

TAPI, KAT MANA NAK BUAT?

So far *aten* dah approach 2 organisasi dan Alhamdulillah kedua-dua pihak dah berikan greenlight..kacing! kacing! kacing!.. Semoga *aten* diberikan fikiran yg tenang dan jalan yang dipermudahkan untuk anjurkan Health Checkup di sekitar Tanjung Malim demi menyebarkan health awareness dan kepentingan mengamalkan makanan tambahan.

YES!  Berjaya siapkan 1 entry. Awal YES, akhir pun YES. Macam nak buat 1 entry pasal YES la plak rasa hati ni...hehehehehe..

************************************
MAHU CUBA AMALKAN SHAKLEE MACAM SAYA? JANGAN TAKUT DAN RAGU,
HUBUNGI SAYA :

FatinZainuddin
019-792 9490 


************************************

HANYA pelanggan http://fatinzainuddinsihat.blogspot.com/ yang akan diberikan 
HAK EKSKLUSIF untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin Shaklee dan saranan berkaitan penyakit. 

************************************
**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan