Last Part - Part III
Sebelum ni *aten* dah kongsi tentang perjalanan *aten* dari Tg.Malim ke Dorani Bayu Resort, untuk last part ni *aten* nak ceritakan tentang makanan dan aktiviti yang boleh anda lakukan di sana.
Makanan
+Aziz Al Din memang patut diberi pujian kerana Azi lah tonggak keselesaan kami sepanjang berbengkel kali ini. Azi tempah pakej bilik mesyuarat yang lengkap dengan makan 6x sehari!
Memang pecah lah pusat 6x makan sepanjang 4 hari tu! Dr Zainiah paling panctual bila tiba waktu makan, kami masih kenyang lagi tapi Dr Zainiah tetap ajak makan bila tiba waktunya...aiyoyoyoyo.
Sg. Besar ni memang terkenal dengan Restoran Makanan Laut : D'Muara. *aten* ni sebenarnya memang dah lama mengidam nak datang makan kat sini. Alhamdulillah! Pucuk dicita ulam mendatang lah bengkel kali ni. yahoooo!
Sepanjang 4 hari 3 malam kami dihidangkan dengan pelbagai juadah yang mewah dengan seafood yang segar bugar, almaklumlah sebab resort *aten* duduk ni memang resort terapung atas laut. So, memang hidangan utama kebanyakannya adalah seafood.
|
Kawasan bilik yang amat luas. Bilik terbahagi kepada dua - sea view dan village view. Bilik aten adalah both view. sangat cantik! |
|
Di luar bilik kami |
|
Nampak tak air laut di sebelah bahu kak eja tu? |
|
Breakfast |
|
Dinner
Senarai makanan sepanjang bengkel
13/8/15 (khamis) Hi-tea Mee Kari Karipap Air 3 jenis
Dinner Nasi putih Ayam masak kicap Udang sambal Sayur-sayuran Buah-buahan Air 3 jenis
Supper Bubur jagung kuih Air 3 jenis
14/8/15 (jumaat) Breakfast Nasi lemak (sangat sedap!) kuih muih Air 3 jenis
C/Breakfast Bihun Kuih Muih Buah Air 3 jenis
Lunch Ayam masak merah Ikan pari masak lemak putih Sambal sotong Sayur Buah Air 3 jenis
Hi-tea Laksa Kuih Air 3 jenis
Dinner Ayam Kerang tumis Ikan caru goreng sambal Sayur Buah Air 3 jenis
Supper Jemput-jemput udang (1 ekor udang setiap cucur!) Bubur kacang hijau
15/8/15 Sabtu Breakfast Lontong Apam , Karipap Buah Air 3 jenis
C/Breakfast Mee goreng Kuih Sagu, Kuih lapis Air 3 jenis
Lunch Nasi putih Ketam sambal Ayam Terung sambal Buah Air 3 jenis
Hi-tea Mee udang Kuih Air 3 jenis
Dinner BBQ! (Biji nangka, ikan siakap, jagung, kerang, ayam, nasi goreng)
Supper Sandwich Bubur pulut merah
16/8/15 (Ahad) Breakfast Nasi lemak Kuih Air 3 jenis
Lunch Nasi putih Biji nangka tumis Ikan merah masak kari Ayam Sayur Buah Air 3 jenis |
|
Juadah BBQ kami
Misi Mencari Mentarang Bakar!
*aten* ni bukanlah jenis minat sangat dengan seafood sebab sedar akan kulit ku yang sensitif. Walaupun *aten* tak pernah gatal-gatal lepas makan seafood atau alergik naik jerawat lepas makan seafood still *aten* berjaga-jaga. Alang-alang dah sampai tempat orang, kita try lah makanan yang susah nak cari kat tempat kita ye dak?
Okay, semasa makan ramai-ramai, suami Dr Mazlina ada beritahu tentang mentarang yang famous di Sg. Besar ni. *aten* pun apa lagi, selepas sesi bengkel di petang Sabtu tu *aten* terus ajak Kak Eja mencari mentarang bakar. Alhamdulillah ada 1 kedai makan yang diberi nama Restoran Sahabat bertempat di Pasir Panjang (kira-kira 5-7km dari Dorani Bayu Resort) ada jual mentarang bakar. 1 hidangan (ada 9-10 ekor mentarang) berharga RM10 sahaja.
Memang puas makan 1 hidangan menghadap sorang sebab kak Eja tak suka seafood. hihihihi. Memang A+++ rasa manis mentarang ni! Lebih manis dari kerang or kupang or lala. |
Aktiviti Di Dorani Bayu Resort
Honestly tempat ni bukan lah tempat enjoy mandi manda mcm sunway lagoon. So, jangan lah nak expect anak-anak kecik anda boleh bermandi manda di laut tu ye. Sebab laut tu ada obor-obor. *aten* sendiri nampak obor-obor tu berenang kembang kuncup tapi dek kerana excited sangat *aten* tak snap pun.
Pagi ahad tu Kak Eja ngajak Arissa dan Shuai pergi mencari biji nangka di tepi laut. Hah? Biji nangka celah laut? biji nangka dalam nangka lah kan?
Tapi ni biji nangka lainnn..
|
Ini lah biji nangka. Isi nya kecik tapi manis. Shell nya nipis macam lala.
Khusyuk betul masing-masing cari biji nangka dalam pasir. Hasilnya 1 plastik bawa balik tg.malim dan semestinya Chef Hanaliza yang kena masak! hihihihihi. Kecik-kecik buat sambal, besar-besar buat masak lomak.
|
No comments:
Post a Comment