PART I
Bismillah...
Esok hingga ahad *aten* akan terlibat dengan Bengkel Penyelidikan yang diadakan di Dorani Bayu Resort, D'Muara Marine Park Sg. Hj. Dorani. Masa zaman study ni lah nak merasa tidur and makan free kat tempat-tempat bessssst sambil belajar soft skill daripada mereka yang berpengalaman.
p/s : Dengan Shaklee pun banyak merasa makan restoran dan hotel-hotel mahal. hihihihi
Pengalaman buat Masters Degree di bawah penyeliaan Dr Zainiah Mohamed Isa ni memang berbeza sangat dengan pengalaman buat Degree dulu. Masa masters ni Allah kurniakan rezeki dapat penyelia yang tinggi sifat keibuan. Malangnya anak didiknya pula tinggi kelemakan..terkedek-kedek benorrr la nak siapkan Masters ni. kenapaaaaa Nur Fatinnnnnn...huhuhuhu..
Sebelum Ramadhan haritu berbengkel di Klana Beach Resort Port Dickson, banyak sangat ilmu yang diperoleh daripada Encik Juppri Bacotang. En Juppri punya pemikiran memang superb lah! Memang patut buat phD pun... Bengkel di PD tu rasa tak cukup, rasa sekejap je. Walaupun ada kelemahan dari segi teknikal (projector yang keluar asap yang menyeramkan) tapi Alhamdulillah semua tu tak mngehadkan perbincangan kami.
*aten* and Azi ambil peluang mendaki balai cerap bintang selepas habis slot bengkel pada waktu malam. Balai cerap tu memang buka lepas pukul 10 malam-12 tengah malam. Nak mencerap bintang tak kan nak tengok masa siang plak, terbakorrr anak mata dek panahan matahari nanti. huhu. Tapi apakan daya, 2 malam kami daki balai yang bertingkek-tingkek tu, dua-dua malam kami tak ada rezeki sebab langit mendung T.T
Nanti lepas balik bengkel, jika ada rezeki *aten* akan share gambar dan pengalaman berbengkel ni D'Muara tu. Sebenarnya dari tahun lepas memang teringin sangat nak pergi makan seafood di D'Muara ni, asyik ajak Kak Eja nak ke sana tapi tak dapat-dapat. Haaa kali ini ada peluang memang tak akan lepaskan! Semoga berkat dan selamat perjalanan pergi pulang *aten*, Azi, Dr Zainiah, En Juppri dan Dr Mazlina. Amin
Apa-pun, kedai Shaklee Fatin Zainuddin tetap open for order :)
No comments:
Post a Comment