~Beauty with Brain~

PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI, TG.MALIM, MUALIM, TMN BERNAM BARU, KETOYONG, PROTON CITY, BEHRANG, BANDAR TENGGARA, KULAI, SG. SAYONG, PENGGELI, KLUANG, KOTA TINGGI

Whatsap/Call/SMS 019-792 9490

JOM! FOLLOW ATEN

JOM FOLLOW ATEN!

Saturday, August 15, 2015

Lirik Lagu Benar Cinta [OST Syurga Nur]

Lepas *aten* google, barulah *aten* tahu rupanya lagu Benar Cinta yang jadi OST cerita Syurga Nur bersiaran 6.55 petang setiap hari di TV3 tu dinyanyikan oleh pasangan kembar!

Muka mereka memang seiras. Kembar siam orang kata. 

*aten* tak sure lah mana satu Aisha dan mana satu Hanim. Muka seiras sungguh! Dah la kembar seiras, suara pun seiras. Tapi bila tengok dalam review, ramai yang tersilap sangka masa first time dengar lagu ni, ingatkan suara Dato' Siti Nur Haliza. hihihihi. Agak mirip suara Dato' Siti juga la suara mereka ni.

Bestnya ada adik-beradik kembar! Sepupu *aten*, kak Emi baru lepas lahirkan bayi perempuan kembar. Seronoknya! Kalau nak kawin nanti, *aten* nak cari bakal suami yang ada susur galur kembar. Heee. Kalau boleh yang ada pak cik makcik kembar. he he he. Baik punya plan kan?

Kalau siapa yang tak pernah dengar lagu ni, boleh dengar di sini 

LIRIK LAGU BENAR CINTA - AISHAHANIM

Terus berdiri aku dalam kegelapan 
Dimana ku cari jalan cintaku 
Apa masih ada lagi

Terus bertemu kita dalam kegelapan 
Dimana hendak ku berselindung 
Ada cinta atau hati ini 

Aku ingin kau merasakannya 
Aku ingin kau mendengarkannya 
Sukar untuk ku tinggal kerna semua dah jadi 
Dalam cinta 

Aku ingin kau mengerti lagi 
Aku ingin kau seperti dulu 
Selami hati ini jangan biarkan aku 
Keseorangan kasih.. Ohh.. 
Kasih.. Ohh..

Aku ingin kau merasakannya 
Aku ingin kau mendengarkannya 
Sukar untukku tinggal kerna semua dah jadi 
Dalam cinta 

Aku ingin kau seperti dulu 
Aku ingin kau mengerti lagi 
Selami hati ini jangan biarkan aku 
Keseorangan kasih

Kembalikan cintaku dalam ketenangan 
Agar aku dalam dakapanmu 
Jangan tinggal ku sendiri 
Dalam cinta - Dalam cinta