~Beauty with Brain~

PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI, TG.MALIM, MUALIM, TMN BERNAM BARU, KETOYONG, PROTON CITY, BEHRANG, BANDAR TENGGARA, KULAI, SG. SAYONG, PENGGELI, KLUANG, KOTA TINGGI

Whatsap/Call/SMS 019-792 9490

JOM! FOLLOW ATEN

Wednesday, August 19, 2015

Kedai Runcit Taiba Alhusna, Tg.Malim "Mencari yang Halal Itu Fardhu"

"Mencari yang Halal Itu Fardhu"

Minggu lepas semasa makan-makan dengan semua ahli bengkel, kami borak-borak lah tentang isu ayam yang kebanyakan dicucuk hormon sekarang ni. Bahaya jika anak-anak kecik diberi makan daripada sumber makanan yang banyak dicucuk hormon kerana akan mengganggu sistem tubuh mereka. Itu lah akibat yang kita nampak dengan budak-budak sekarang, obesiti lah, kencing manis di usia muda lah, rabun dari sebelum masuk sekolah dan macam-macam lagi.

Jadi Dr.Mazlina pun buka lah cerita yang beliau selalu beli ayam organik di Kedai Runcit Taiba Alhusna. Menariknya ayam organik ni, ianya diternak secara organik dan tidak dicucuk hormon langsung. Lepas tu, ayam dah disembelih dan siap dibersihkan. Just beli dan masak. Mudah kan? Untuk yang mencari makanan sihat dan nak cepat je memang sesuai lah beli ayam organik ni.

So, semalam *aten* pun pergilah ke Kedai Runcit Taiba Alhusna yang Dr Mazlina promote tu, seronok dan kagum nya *aten* bila tengok barangan yang dijual dalam kedai runcit tu semuanya produk Melayu dan orang Islam. Produk Ramly, Agromas, Zaimah, IKS semua ada! Senang cerita, frozen food kebanyakannya nama-nama Melayu dan buatan Islam, tak ada pun cop jenama pelik-pelik. MasyaAllah happy bukan kepalang lah *aten* sebab susah nak jumpa produk Ramly kat kedai runcit kecik-kecik di TM ni, fries, nugget ayam & daging, daging burger dan daging lumat daripada Ranly semua ada kat situ. Nak ke TF Family Store kat behrang tu agak jauh.

Lagi 1, surprisingly kedai runcit ni tawarkan harga barangan yang berpatutan dan murah! Selalunya kedai runcit kecik yang *aten* beli barangan runcit mesti mahal sikit, contohnya kicap masin kipas udang kalau di mini market Taman Bernam tu RM7.90,  tapi di kedai runci Taiba Alhusna hanya RM7.50, minyak masak Saji pula sama harga RM6.50 macam mini market Taman Bernam tu.

Kat mana lokasi Kedai Runcit Taiba Alhusna ni?

Haaa sederet dengan Pos Laju Tg.Malim tu je. Berhadapan dengan SK Katolik tu sahaja. Kalau anda dari arah Taman Bernam, kena lah uturn di depan tu, kalau anda dari kampus lama UPSI, anda straight je.



Lastly *aten* nak cakap, mencari yang halal tu kan fardhu, bila perkara fardhu hukumnya WAJIB. Jika tak buat tu berdosa. WAJIB bagi kita umat Islam ni mencari makanan yang halal. Sebab itu *aten* tak ragu-ragu dengan produk Shaklee sebab diiktiraf halal oleh badan yang diperakui oleh JAKIM. Dan 1 lagi, Shaklee ni dah bertapak 59 tahun di dunia, 27 tahun di Asia. Sudah terlalu establish, bukan macam produk lain yang hanya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Selepas itu lenyap apabila mentari muncul.

************************************



MAHU CUBA AMALKAN SHAKLEE MACAM SAYA? JANGAN TAKUT DAN RAGU,
HUBUNGI SAYA :
Fatin Zainuddin
019-792 9490


************************************

HANYA pelanggan http://fatinzainuddinsihat.blogspot.com/ yang akan diberikan 

HAK EKSKLUSIF untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin Shaklee dan saranan berkaitan penyakit. 

************************************

**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

No comments:

Post a Comment