Bismillah..
Harini *aten* nak share berkenaan jenis-jenis jerawat pula. *aten* ni suka cari info tentang JERAWAT sebab masalah jerawat ni dah lama menghantui *aten*. So, harini kita kenali sikit dengan jenis jerawat then *aten* akan sesuaikan dengan supplement Shaklee yang paling sesuai untuk jenis jerawat yg dinyatakan.
Terdapat 5 jenis jerawat:
1. Bintik putih / Whiteheads
Muncul atas atau bawah kulit berbentuk benjol berwarna atau kemerah-merahan, yang disebabkan liang tersumbat berada di bawah permukaan kulit manakala dinding folikel tidak pecah.
2. Bintik hitam / Blackheads
Berlaku apabila liang tersumbat membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak & sel kulit akan menyebabkan kulit kelihatan berminyak walaupun selepas mencucinya. Warna yang ada pada bintik hitam disebabkan oleh ‘oxidation’.
3. Papules
Muncul dalam keadaan bengkak & keras kurang 5 mm berwarna merah, sedikit benjol & bengkak. Meninggalkan parut gelap.
Cadangan Shaklee : Alfalfa (detox), ESP, GLA, B-complex, Vitamin C, Omega (anti-radang)
Cadangan Shaklee : Alfalfa (detox), ESP, GLA, B-complex, Vitamin C, Omega (anti-radang)
4. Pustules
Berbentuk kubah & bengkak serta menjadikan kulit di bahagian berkenaan sensitif. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran darah putih, kulit mati & jangkitan bakteria. Ia tidak meninggalkan parut pada kulit.
Cadangan Shaklee : Alfalfa (detox), ESP, Vitamin C, Omega (anti-radang)
5. Cysts / Nodules
Bonjolan tertutup sebesar manik & sangat sakit sekiranya tersentuh. Ia muncul dalam lapisan kulit yang turut merosakkan struktur tisu kulit & meninggalkan parut sekiranya dipicit.
Cadangan Shaklee : Alfalfa (detox), ESP, GLA,
B-complex, Vitamin C, Omega (anti-radang), Vivix
Peranan Setiap Supplement Dicadangkan:
ESP Shaklee Tinggi dengan sumber protein yang di proses tanpa GMO. Membantu perbaiki sel kulit wajah yang rosak dengan membina sel kulit baru yang sihat. Sesuai diamalkan bagi bekas jerawat berkeluk
B-complex Shaklee Bantu melembapkan kulit, menaikkan seri wajah, anti-stress (penyebab jerawat), melancarkan peredaran darah
Vitamin E Shaklee Membantu perbaiki parut degil, memulihkan tekstur kulit yang berlekuk, memberikan ton wajah sekata, mengurangkan kedut dan garis halus
GLA Shaklee Bantu stabilkan hormon yang menyebabkan haid tidak teratur dan punca jerawat
Omega Guard Shaklee Berfungsi sebagai anti-radang bagi mengurangkan keradangan dan kemerah-merahan pada jerawat
Vivix Shaklee Produk terunggul dalam keluarga Shaklee, agen detox yang merawat terus ke dalam peringkat sel
Vivix Shaklee Produk terunggul dalam keluarga Shaklee, agen detox yang merawat terus ke dalam peringkat sel
Petua tradisional:
1. Tomato
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.
2. Kulit Kayu Manis
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.
3. Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
4. Ubat Gigi
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
5. Putih Telur
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.
6. Pucuk Jambu Batu
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.
7. Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
8. Campuran Bawang Putih, Lobak Merah, Madu & Telur Putih
Suku ulas bawang putih + sepotong kecil lobak merah + putih telur + satu sudu kecil madu. Pukul putih telur sehingga sedikit berbuih. Tumbuk sepotong kecil lobak merah dengan suku ulas bawang putih. Campurkan bawang putih & lobak merah yang ditumbuk serta satu sudu kecil madu ke dalam putih telur yang dipukul tadi. Kacau sehingga sebati. Sapu pada muka & biarkan selama 30 minit. Selepas itu, basuh muka. Buat setiap malam sebelum tidur selama seminggu. Jerawat akan hilang & kulit muka makin halus & licin.
Beberapa amalan tambahan yang *aten* amalkan :
Ø Guna liquid facial wash (Dr Kulit yang *aten* rujuk melarang muka berjerawat pakai pencuci jenis foaming) yang lembut tanpa bahan kimia yang boleh menghakis kulit.
Ni pencuci muka yang *aten* paling sesuai so far. Boleh dapatkan di Farmasi. |
Ø Lebihkan minum air kosong yang bersih & bertapis sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk membuang bahan-bahan toksin dalam kulit.
Formula nak tahu berapa banyak air diperlukan sehari :
Berat badan X 40 : _______mlContoh;
48kg X 40 : 1920ml sehari
************************************
MAHU CUBA AMALKAN SHAKLEE MACAM SAYA? JANGAN TAKUT DAN RAGU,
HUBUNGI SAYA :
Fatin Zainuddin
019-792 9490
************************************
HANYA pelanggan http://fatinzainuddinsihat.blogspot.com/ yang akan diberikan
HAK EKSKLUSIF untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin Shaklee dan saranan berkaitan penyakit.
************************************
**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan
No comments:
Post a Comment