~Beauty with Brain~

PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI, TG.MALIM, MUALIM, TMN BERNAM BARU, KETOYONG, PROTON CITY, BEHRANG, BANDAR TENGGARA, KULAI, SG. SAYONG, PENGGELI, KLUANG, KOTA TINGGI

Whatsap/Call/SMS 019-792 9490

JOM! FOLLOW ATEN

Sunday, August 09, 2015

14 Tips Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti Hanis Zalikha


Reminder to myself


Entri ni *aten* rujuk dan create khas untuk mengingatkan diri *aten* yang nubis kubis dengan dunia blog ni. *aten* jadi tertarik bila baca Hanis cakap dari blog kita boleh jana pendapatan. aummm aummmmm!


download
Yang buat *aten* teruja nak share tips ni selain Hanis sendiri telah terbukti sebagai blogger yang sangat berjaya, *aten* dapati apa yang beliau kongsikan adalah evergreen tips. Tips yang boleh digunapakai bukan sahaja pada masa tips tersebut ditulis tetapi sehingga kini ianya masih lagi relevan.
Selamat membaca….

14 Tips Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti Hanis Zalikha a.k.a Kek Nis
haniszalikhaHanis Zalika atau lebih cute dikenali sebagai keknis ni punya lah hebat sampai jadikan blog sebagai medan untuk buat side income. Malahan menurut beliau, beliau bayar yurang pengajian menggunakan income daripada blog! best kan?? dari hobi jadi income. nyummy sgt!

1. Perihal alamat surat-menyurat
Menurut Keknis, alamat blog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya “Eh macam mana nak eja?”. Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, WAJIB DIELAKKAN. 


Contoh:
www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com
OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.

Tips tambahan: Alamat blog boleh berasaskan niche atau nama anda atau sesuatu yang lebih general sekiranya anda memang ingin berblog tentang pelbagai perkara. Adalah tidak relevan jika anda berblog tentang kesihatan tetapi alamat blog anda ialah www.duniahobbits.com. Walau bagaimana pun ia bukanlah satu jenayah ok, dan sekali lagi terpulanglah kepada diri sendiri kalau dah suka sangat dengan nama yang anda pilih tu(walaupun tak relevan langsung). 
Lagi satu tips (ni dapat daripada kelas Irfan Khairi)…kalau boleh, nama blog hendaklah mengandungi abjad berulang. Sebagai contoh: SihatHebatBerkat.com => perhatikan pengulangan abjad T dan B.

2. Tajuk blog hebat
images (40)Tajuk blog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menampakkan kelainan blog anda daripada barisan blog yang sedia ada di alam maya ini. 

3. Tajuk entri mengancam
KekNis menyarankan agar setiap entri dimulakan dengan tajuk entri yang HEBAT! KAlau nak tahu,KekNis pernah buat tajuk entri “Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju”, dan trafik entri tu naik sebanyak 15%.

Tapi harus diingat jangan hingga menggangu sensitiviti. Sebagai contoh ; "Alfalfa Shaklee Menyebabkan Kanser?" - ini memberi impak negatif terhadap produk Shaklee sedangkan isi dalam nak cerita pasal kelebihan 
Alfalfa Shaklee (nak naikkan traffic pun beragak la kak oiii). Orang sekarang pula kebanyakannya tengok tajuk pun dah buat spekulasi macam-macam padahal isi dalam cerita pasal lain. ngehhhh

4. Isi entri setimpal
ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk "Tips Mendapatkan Suami Soleh" tapi dalam tu syok sendiri cerita pasal lelaki idaman yang anda tengah crush di kolej. 


5. Perkara yang harus dielakkan
Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip “Lirik Ak Cinta Pdmu”.

6. Lirik lagu
Ni salah satu info yang menarik! Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletak lirik lagu terbaru. Berdasarkan pengalaman Kek Nis, beliau pernah masukkan lirik lagu My Heart  selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang . Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.


7. Kosa kata yang luas
Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.

8. Perihal gambar
Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap belog ini.
images (41)

9. Perihal gambar 2
Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.

10. Tema Warna / Background 
Tema blog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. 

11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog

images (43)
(Info ni *aten* pun baru tahu) Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!
Tips: Selain daripada nuffnang, anda juga boleh mendaftar di laman affiliate lain seperti ashadee, amazon dan  cpa network lain.

12. Carutan dan kutukan
Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Jika anda menjadi pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, maksudnya blogger yang sangat misteri dan tiada pengenalan diri langsung di blog mereka.

13. Psikologi minda
Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com? Perkataan “.blogspot”, sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau ‘.com’ biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan ‘.blogspot.com’, sure anda mahu tahu lebih lanjut. Betul?  Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada ‘.com’. Sebagai contoh, KekNis pun dah ada www.haniszalikha.com sekarang ni, padahal KekNis bermula dengan blogspot.

14. Variasi topik
JANGAN BIARKAN RAKAN-RAKAN BLOG ANDA BOSAN DENGAN TAJUK YANG SAMA SETIAP HARI. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk: Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :)

Best kan tips yang Hanis berikan ni? Realistik dan mudah hendak diikuti. Ilmu tanpa amal tiada gunanya pun. So, Jom sama-sama amalkan bagi anda yg nubis kubis macam *aten* tu!

No comments:

Post a Comment