Bismillah..
Harini *aten* mulakan Cabaran 14 Hari Blog Rafhanah anjuran Kak Jan dengan cerita berkenaan Kelas Mengaji dan Kuliah Agama di sekitar Tg.Malim anjuran orang perseorangan atas dasar Fi Sabilillah. TIADA BAYARAN DIKENAKAN.
*aten* dapat maklumat berkenaan kuliah agama ini pun daripada mak angkat *aten* , Cik Pidah. Cik Pidah ni dah bersara sebagai kakitangan awam bagi PDRM (SUKSIS UPSI) tahun lepas. Sejak bersara ni Cik Pidah atau lebih mesra *aten* panggil mak rajin ke kelas agama (selain melancong ke luar negara, he he he he).
Okay, *aten* senaraikan kelas mengaji dan beberapa kuliah agama yang *aten* tahu buat masa ini.
Senarai Kelas Mengaji dan Kuliah Agama Sekitar Tg.Malim
Selasa : Kelas Tajwid Bersama Kak Izan (Isteri kepada Pensyarah UPSI, Dr Mahizer)
Waktu : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi : Surau Taman Hijau, Jalan Ketoyong Tg. Malim
Rabu & Khamis : Kuliah Agama Bersama Kak Nun
Pengenalan : Diketuai oleh Kak Nun, kuliah ini telah berlangsung selama 7 tahun termasuk tahun 2015. Diakhir kelas diadakan mengaji dan hafalan surah lazim secara one by one.
Waktu : 10 pagi-1petang
Lokasi : Surau Taman Hijau, Jalan Ketoyong Tg. Malim
Sabtu : Kuliah Agama Bersama Kak Nun
Waktu : 9pagi-1 tengahari
Lokasi : Surau Ikhwan, Taman Bernam Tg.Malim
Ahad : Kelas Tajwid dan Belajar Solat
Waktu : 9 pagi - 12 tengahari
Lokasi : Surau Kg. Berop Tg.Malim
Lokasi Surau Taman Hijau Jalan Ketoyong?
Terletak di belakang Pusat Aktiviti Warga Emas Tanjung Malim @ Pusat Jagaan Harian Warga Emas Tanjung Malim @ Rumah Sejahtera.
Anda akan dapati ada lorong kecil di antara Rumah Sejahtera itu dengan Restoran Ocu Amy ni...haaa masuk lorong tu dalam 30meter ke hadapan masuk simpang pertama tu. Jumpa dah surau Taman Hijau.
Cakap pasal Restoran Ocu Amy ni...aduhaaaiiii ikan keli bakarnya tu!
(tulis entry ni pun dah kecur ayaq lioq) Memang marvellous ikan keli bakar Ocu Amy ni sambil cicah dengan ayaq asam nya. *aten* kalau datang kedai ni, bubuh ayaq asamnya dalam 1 pinggan khas, orang lain pakai piring, *aten* selamba pakai pinggan besar tu. Kalau *aten* amik pakai piring, 2-3x kena bangun tambah ayaq asam marvellous tu. hihihihi. Kalau bawang or lada ayaq asam tu dah berkurang, *aten* sanggup panggil pekedai tu suruh tambah. Nampak tak marvellous nya tu???
Well...ini marvellous ikut kamus *aten* lah, tak tahu lah selera anda semua pula kan.
Tapi Kak Eja tak berapa minat sangat ayaq asam Ocu Amy. Kak Eja lagi suka ayaq asam yang *aten* buat sendiri .Kannnn Kak Eja??
Kih3. Ayaq asam resipi Mak Basah Kg. Sg. Protan. hehehehe.
Terima kasih Mak Basah!
So, kepada sesiapa yang berminat untuk join kelas ngaji, kelas tajwid dan kuliah agama ni. Boleh hubungi *aten* untuk sebarang pertanyaan ye.
************************************
MAHU CUBA AMALKAN SHAKLEE MACAM SAYA? JANGAN TAKUT DAN RAGU,
HUBUNGI SAYA :
Fatin Zainuddin
019-792 9490
************************************
HANYA pelanggan http://fatinzainuddinsihat.blogspot.com/ yang akan diberikan
HAK EKSKLUSIF untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pengambilan vitamin Shaklee dan saranan berkaitan penyakit.
************************************
**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan
No comments:
Post a Comment